SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH 2011


Program Sambutan Minggu Anti Dadah 2011 diadakan dengan jayanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab para pelajar tentang bahaya dadah. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah kuiz, pidato, pameran dan tayangan video di Bilik PPDa, pertandingan mewarna bagi Tahap 1 dan melukis poster bagi Tahap 2 serta senamrobik.

Program Minggu Anti Dadah Berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar dan penyertaan aktiviti turut memberangsangkan. Diharap agar program ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.


BACAAN PERUTUSAN DARI PENGARAH PELAJARAN PAHANG OLEH GURU BESAR

AKTIVITI PERASMIAN MELEPASKAN BURUNG MERPATI

AKTIVITI KUIZ PPDa

PERSEMBAHAN PIDATO OLEH RAKAN PPDa

 
PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2

PENYAMPAIAN HADIAH DARI PENYELARAS PPDa

SENAMROBIK KHAS PPDa

TAYANGAN VIDEO DI BILIK PPDa


KAMI BENCI DADAH

AKTIVITI RAKAN PPDa : 5 MINIT MESEJ


Aktiviti Rakan PPDa diadakan setiap minggu di perhimpunan mingguan sekolah (Khamis). Mesej akan dibaca selama 5 minit oleh pelajar yang merupakan Rakan PPDa bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bahaya dadah kepada para pelajar. Antara Rakan PPDa yang menyertai aktiviti ini termasuklah...




KAMI BENCI DADAH

KEMPEN ANTI ROKOK


Kempen anti rokok diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri pelajar mengenai bahaya rokok. Antara objektifnya adalah untuk memperkembang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pelajar supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan rokok dan juga untuk menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan pelajar. Aktiviti yang diadakan termasuklah ceramah anti rokok dan juga pameran bertujuan untuk memberi pengetahun dan pendedahan awal kepada pelajar tentang bahaya merokok.

CERAMAH ANTI ROKOK

ANTARA PELAJAR YANG MENGIKUTI CERAMAH

PAMERAN ANTI ROKOK

PELAJAR TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK MENDAPATKAN INFORMASI TENTANG BAHAYA ROKOK

KAMI BENCI DADAH

HUBUNGI KAMI


PENYELARAS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH, PPDa

PN. NOR MAZLINA BT ZAINUDIN

ALAMAT    :    SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN JAYA,
                       26600 PEKAN,
                       PAHANG DARUL MAKMUR.

TELEFON  :    09-4269298 (PEJABAT)
                       09-4266722 (FAX)                      
                       019-9880443 (HP)

EMAIL        :   mazlinasir@yahoo.com

BLOG         :   ppdaskpekanjaya.blogspot.com

KAMI BENCI DADAH

BILIK PPDa

Pengenalan
Penubuhan Bilik  Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) di sekolah adalah satu strategi baru Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mencapai Visi dan Misi Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012. Bilik PPDa merupakan sebuah ruang lengkap bertujuan menyalurkan maklumat berkaitan pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar,guru, ibu bapa serta  masyarakat sekitarnya. Maklumat dan bahan-bahan berkaitan dalam pelbagai medium boleh meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang bahaya penggunaan bahan terlarang terutama dadah.  Ia bukan sahaja menjadi ruang pelajar mendapatkan maklumat tetapi juga sebagai tempat mereka berinteraksi dan mengasah bakat dan kepimpinan dalam kalangan mereka.

Objektif Penubuhan
  • Menyediakan satu pusat akses maklumat lengkap berkaitan Pendidikan Pencegahan  Dadah di sekolah.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah di kalangan pelajar secara lebih sistematik dan berkesan.
  • Menjadi bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah.
  • Menjadi tempat interaksi pelajar dalam usaha membentuk pelajar cemerlang. 

Bilik PPDa SK. Pekan Jaya

Kaunter Pertanyaan

SUDUT AKSES MAKLUMAT

 SUDUT BACAAN

 HASIL KERJA PELAJAR

 SUDUT INFORMASI

SAMPEL DADAH

REPLIKA PENJARA

SUDUT SANTAI

KAMI BENCI DADAH

LAGU TEMA PPDa


USAH BIARKAN MASA BERLALU PERGI
DALAM MENITI RANJAU BERDURI
WAWASAN NEGARA KEKAL WAJA
BINA BERSAMA, HARAPAN SEMUA
ANAK-ANAK BANGSA

KAMI SIHAT
KAMI HEBAT
KAMI KUAT
KAMI TEKAD

TANPAMU
DIRI BEBAS MERDEKA
TANPAMU
HIDUP RIANG CEMERLANG
TANPAMU
NUSA BANGSA GEMILANG
TANPAMU
NEGARA PASTI TERBILANG

KITA BERSATU
KITA BERPADU
KATAKAN….LAUNGKAN
“KAMI BEBAS DARI DADAH”


KAMI BENCI DADAH

PROSIDAR


RASIONAL
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah. Senario ini menjadi lebih membimbangkan disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid  sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui Program Sifar Dadah Sekolah Rendah atau ringkasnya, PROSIDAR.

OBJEKTIF 
  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid dan guru, supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  • Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  • Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.

PELAKSANAAN
Tahap 1:
Waktu Pendidikan Jasmani.  
(waktu berkembar)
  
Tahap 2 :
Waktu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
(waktu berkembar)
   
Tempoh Pelaksanaan :
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Bulan Julai Mac

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


 
 

KAMI BENCI DADAH