PROSIDAR


RASIONAL
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah. Senario ini menjadi lebih membimbangkan disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid  sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui Program Sifar Dadah Sekolah Rendah atau ringkasnya, PROSIDAR.

OBJEKTIF 
  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid dan guru, supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  • Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  • Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.

PELAKSANAAN
Tahap 1:
Waktu Pendidikan Jasmani.  
(waktu berkembar)
  
Tahap 2 :
Waktu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
(waktu berkembar)
   
Tempoh Pelaksanaan :
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Bulan Julai Mac

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


 
 

KAMI BENCI DADAH

0 Pandangan Bernas:

Post a Comment