Penubuhan Bilik Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) di sekolah adalah satu strategi baru Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mencapai Visi dan Misi Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012. Bilik PPDa merupakan sebuah ruang lengkap bertujuan menyalurkan maklumat berkaitan pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar,guru, ibu bapa serta masyarakat sekitarnya. Maklumat dan bahan-bahan berkaitan dalam pelbagai medium boleh meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang bahaya penggunaan bahan terlarang terutama dadah. Ia bukan sahaja menjadi ruang pelajar mendapatkan maklumat tetapi juga sebagai tempat mereka berinteraksi dan mengasah bakat dan kepimpinan dalam kalangan mereka.
Objektif Penubuhan
- Menyediakan satu pusat akses maklumat lengkap berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah di kalangan pelajar secara lebih sistematik dan berkesan.
- Menjadi bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah.
- Menjadi tempat interaksi pelajar dalam usaha membentuk pelajar cemerlang.
Bilik PPDa SK. Pekan Jaya
Kaunter Pertanyaan
SUDUT AKSES MAKLUMAT
SUDUT BACAAN
HASIL KERJA PELAJAR
SUDUT INFORMASI
SAMPEL DADAH
REPLIKA PENJARA
SUDUT SANTAI
0 Pandangan Bernas:
Post a Comment